Showing posts with label limpa. Show all posts
Showing posts with label limpa. Show all posts

20121015

Insan lemah

Wujudkah peluang kedua? Itu yang aku selalu persoalkan dulu. Setiap yang mengata pastikan akan dikatakan kelak. Kalau bukan dekat kau, dekat dia. Terima kasih Ya Allah. Kerana telah mewujudkan dia semula dalam hidup aku. Aku memberanikan diri aku untuk mendekati dan menyayangi. Tapi ramai orang kata, biar dia yang sayang kita, supaya kita tak sedih sebagainya bila dipisahkan nanti. Orang ramai boleh la kata dan buat andaian mereka sendiri. Benda ni semua terjadi lepas lebih kurang setahun lamanya. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah. Dia pandai, aku bodoh. Selalunya macam tu la.

Peluang yang kedua ni kita susah nak cakap macam mana. Twitter mention tu adalah seperti ajaib. Membuatkan aku terfikir hari demi hari. Adakah ini "miracle"? (acah-acah omputeh). Tapi, bila difikirkan semula, kebodohan aku ini yang membuat dia benci aku, rasa macam tak perlu lagi aku dengar kata-kata manis. Benci semua kata-kata manis. Benda manis aku tak boleh benci. Aku suka benda manis, sebab dia kasi aku tenaga. Kalau tak, tak ada la aku nak tulis entri yang dah lama aku nak tulis pada hari ni.

Have you ever imagined that he will run back to you?

Tuhan pisahkan kita adalah untuk menjadikan kita adalah kita. Sikit je, belum kiamat lagi. So, jangan gelabah sangat nak meraung macam tak ada siapa dekat dunia ni. Ye, mungkin dia adalah cinta pertama kita, tapi biarkan je. Tunggu. Kita ni seperti lilitan yang bercahaya. Kita akan menjadi malap dan percayalah kita akan temui cahaya kegembiraan pada suatu hari nanti. Dan semasa itu lah wujudnya peluang kedua. Nasihat aku, lakukan apa hati kau beritahu kau apa yang dia suruh kau buat, jangan terlalu berharap. Nyahkan apa orang lain nak kata. Mereka tak tahu cerita sebenar. Sebab bukan mereka yang selalu hulur kau duit untuk buat apa yang mereka suruh. Pedulikan. Mereka tak suka tengok, tak apa. Tutup mata, jalan.

Sebab akhir sekali, kebahagiaan dan keselesaan diri sendiri adalah yang paling bermakna.

20120605

Back To Black

Sekarang dunia internet dah semakin lama, semakin memberangsangkan. Manusia boleh menelefon mereka yang berada di benua lain dengan hanya menaik turun aplikasi seperti Skype. Ada dengan tak ada internet sahaja. Tak ada alasan lagi lepas ni kalau nak kata "Dah lama tak jumpa. Macam mana rupa you sekarang eh?". Skype ada, kan? Jangan jadikan "busy" sebagai alasan untuk tidak berjumpa dengan mereka yang sayang, darah daging kau sekalipun.

Kenapa kena carikan pelbagai alasan untuk lari daripada masalah? Masalah datang bertubi-tubi. Alasan macam aku tak apa la juga, pelajar sepenuh masa. Pelajar yang masih terkial-kial nak bukak VLC Media Player, kena update WinRAR setiap bulan. Leceh kan jadi pelajar ni? Bila gagal, kena mula balik. Bila dah hebat, pandai, mula lupa diri. Kenapa kena buat apa yang orang lain buat? Kenapa kena sedapkan hati orang lain kalau hati sendiri terseksa dan tak ada siapa yang faham?

Akhir kata, tak ada siapa yang faham kita.

20110523

As The River Flows




Setiap orang ada jalan cerita dia sendiri. Tuhan dah tetapkan. Setiap orang ada hala tuju masing-masing. Cuma kadang-kadang tu kita senidiri yang bodoh, kita yang tetapkan makna tu sendiri. Padahal Tuhan maha mengetahui.

Setiap orang pernah lalui kisah lama masing-masing. Ada antara mereka reti kendalikan dengan tak reti je pasal kisah lama tu. Ada yang kecewa, ada yang tumpang gembira, ada yang tak tahu nak buat apa sebab tak nak sakitkan kedua-dua hati.

Sebab tu orang cakap, let the past be the past. Jangan kita ungkit cerita lama, sebab cerita lama tu banyak racun dan banyak busuknya.Tengok macam sekarang apa dah jadi sekarang.

I don't know what hurts you, but I can feel it too. Lagi bertambah sakit bila aku sendiri tak boleh nak buat apa. Konon pandai handle situasi. Bodoh! Ini lah jadinya, muntah daki yang kau dapat. Jangan kita cuba-cuba nak tegakkan benang yang basah because we don't know what will happen next. Aku memang bukan manusia yang bagus. Baru sekarang aku nak menyesal.

Walau apa pun, aku sayang kau yang selalu aku panggil... Kau tahu.

20100807

Dua, tiga kucing. Apa?

Semua ada dua. Aku ada tiga dalam diri aku. Sebab aku rasa tiga tu baru macam anggun, style. Yela manusia kan nak kena ada style. Baru boleh dapat ramai kawan. Betul?

Aku suka dua, aku suka tiga. Dua, tiga. Macam rasa best. Semua orang tak boleh cakap apa. Sebab aku dah aku. Nak cakap apa? Dua best, tiga lagi bestttttt! Nak sensitif sangat dengan perasaan tu hak masing-masing. Apa yang aku tahu, pandang ke hadapan.

Sepi, sunyi, suka, sedap, selesa. Semua ada dengan dua, tiga.

Kadang-kadang dua ada, kadang-kadang tiga selalu ada. Tengok juga keadaan. Dah rasa tak guna, kita campak dua tak pun tiga jauh jauh. Sambil kita campak, kita buat muka mean, kejam, macam nak bunuh. Bunuh sorang sorang.

Kalau salah satu datang balik dekat kita, amacam?