20120605

Back To Black

Sekarang dunia internet dah semakin lama, semakin memberangsangkan. Manusia boleh menelefon mereka yang berada di benua lain dengan hanya menaik turun aplikasi seperti Skype. Ada dengan tak ada internet sahaja. Tak ada alasan lagi lepas ni kalau nak kata "Dah lama tak jumpa. Macam mana rupa you sekarang eh?". Skype ada, kan? Jangan jadikan "busy" sebagai alasan untuk tidak berjumpa dengan mereka yang sayang, darah daging kau sekalipun.

Kenapa kena carikan pelbagai alasan untuk lari daripada masalah? Masalah datang bertubi-tubi. Alasan macam aku tak apa la juga, pelajar sepenuh masa. Pelajar yang masih terkial-kial nak bukak VLC Media Player, kena update WinRAR setiap bulan. Leceh kan jadi pelajar ni? Bila gagal, kena mula balik. Bila dah hebat, pandai, mula lupa diri. Kenapa kena buat apa yang orang lain buat? Kenapa kena sedapkan hati orang lain kalau hati sendiri terseksa dan tak ada siapa yang faham?

Akhir kata, tak ada siapa yang faham kita.

No comments: