Peluang yang kedua ni kita susah nak cakap macam mana. Twitter mention tu adalah seperti ajaib. Membuatkan aku terfikir hari demi hari. Adakah ini "miracle"? (acah-acah omputeh). Tapi, bila difikirkan semula, kebodohan aku ini yang membuat dia benci aku, rasa macam tak perlu lagi aku dengar kata-kata manis. Benci semua kata-kata manis. Benda manis aku tak boleh benci. Aku suka benda manis, sebab dia kasi aku tenaga. Kalau tak, tak ada la aku nak tulis entri yang dah lama aku nak tulis pada hari ni.
Have you ever imagined that he will run back to you?
Tuhan pisahkan kita adalah untuk menjadikan kita adalah kita. Sikit je, belum kiamat lagi. So, jangan gelabah sangat nak meraung macam tak ada siapa dekat dunia ni. Ye, mungkin dia adalah cinta pertama kita, tapi biarkan je. Tunggu. Kita ni seperti lilitan yang bercahaya. Kita akan menjadi malap dan percayalah kita akan temui cahaya kegembiraan pada suatu hari nanti. Dan semasa itu lah wujudnya peluang kedua. Nasihat aku, lakukan apa hati kau beritahu kau apa yang dia suruh kau buat, jangan terlalu berharap. Nyahkan apa orang lain nak kata. Mereka tak tahu cerita sebenar. Sebab bukan mereka yang selalu hulur kau duit untuk buat apa yang mereka suruh. Pedulikan. Mereka tak suka tengok, tak apa. Tutup mata, jalan.
Sebab akhir sekali, kebahagiaan dan keselesaan diri sendiri adalah yang paling bermakna.
1 comment:
situasi i sama dengan you tapi tak jumpa bahagia lagi. miracle pun tak jumpa lagi. masa dan waktu yang menentukan kot hehe :)
Post a Comment