20120621

That Feeling

It's been a month since she passed away. All the memories are still here. Beberapa hari sebelum dia meninggal, she since happy. Beberapa hari sebelum dia meninggal, aku sentiasa di sisi dia. Dia teringin nak makan ice cube perisa passion fruit, guava, aku buat. Aku suap dia. Abah belikan ice cream, aku makan depan dia, dia teringin, aku suap dia sikit. Tahu apa jawab dia, "Mmmm sedapnya!". Itu semua berlaku semasa dia sakit dan beberapa hari sebelum dia meninggal.

Dia ada tinggalkan mama sekeping surat. Mama tulis surat tu, dia sign kan dekat bawah surat. Sebelum dia pergi, dia ada sentiasa suruh aku urut kaki dia, sapukan lotion dekat belakang badan dia, letak lipbalm dekat bibir dia. Aku ada belikan dia baju, tapi dia tak sempat pakai. Nak buat macam mana kan. Baju tu ada dalam almari. Saiz dia dengan aku sama. Aku ingat dia akan pulih. Tapi, aku silap. Tinggi sangat harapan yang aku letak tu.

Kalau dia masih hidup, tentu dia boleh bantu aku dalam pelajaran aku.

Kalau dia masih hidup, mesti dia paksa aku try makan itu ini.

Ikea adalah tempat dia suka kunjungi. Dia gemar beli barang dekat situ. Aku tumpang je ikut.



Kalau dia masih hidup, telefon mama akan penuh dengan mesej daripada dia.

Kalau dia masih hidup, tentu kami akan pergi bercuti dekat luar negara sekeluarga.

Kalau dia masih hidup, aku akan dipaksa oleh dia untuk masuk ke kelas masakan dan membuat kek dengan kawan dia.

Dia adalah kakak yang tak pernah putus memberi sokongan dan galakan kepada adik-adik dia. I love every single things she did for herself and family.

I miss her. Al-fatihah.

1 comment:

nn said...

Alfatihah... takziah