20110124

Remininsce

Tuhan memang bijak. Tuhan memang hebat. Kita semua tahu tu. Kalau tak, tak ada lah dia nak kenalkan 'kita' dalam masa yang singkat. Baru je lulus jalan nak pergi rumah aku, dah buat muka tak malu ajak pergi PD. Dan kau pun hilang sejurus macam itu. Tapi tak apa. Aku suka plot cerita ni.Cerita dia berjalan dengan enaknya sebaik sahaja kau kata, "i otw pergi rumah you". Terbangang sekejap dekat situ. Mula bodoh, perlu ke aku percaya cakap dia ni?

Selepas hari dijejak, Tuhan rapatkan aku dengan kau. Tahniah lah kepada diri aku dan kau. Kita dapat tahu apa kekurangan dan keburukan seseorang apabila dekat meja makan. Entah kenapa rasanya tetiba nak bercerita pasal ni. Benda dah basi. Tapi, basi tu juga kadang-kadang sedap untuk dibicarakan. Basi tu juga yang datangkan kita keangkuhan dalam diri sendiri nak mengaku rindu konon.


Instinct saya kuat, kuat menyatakan yang kau memang adalah bangsa yang sangat bangsat! Tak jelik, tak menyampah, cuma geram. Jalan cerita 'kita' halfway dah nak sampai puncak, lepastu masing-masing rasa masing-masing tak perlukan 'kita'. Hmm. aku tak tahu kenapa aku perlu ada dendam lagi sampai hari ni.

Tapi, aku berterima kasih dengan kau. Sangat sangat berterima kasih. Ye, peredaran zaman kita mungkin tak sama. Zaman kau zaman dimana "lepas SPM, FREEDOM!", zaman aku, "kau siapa nak letak jari telunjuk dekat aku?". Cool tak? Tak kan. Kalau orang bank pun ada silap kira duit, apa entah kita yang terlalu eksaited dengan "aku nak dia dalam hidup aku" punya konsep.Tak dapat lah.

Jom lepak atau bila nak lepak, ayat biasa. Ayat-ayat penguat seorang lelaki yang mahukan seseorang yang dikenalinya bertukar daripada seorang kawan kepada seseorang yang tak digemarinya.

Maaf, aku tak reti jadi miss blondie yang pantang tengok seorang lelaki gemar bebusuk masam sebab nak kejar kemewahan diri sendiri. Tapi, kalau hasil daripada usaha gigih kau, tak apa. Aku tak heran, malah aku kagum.Sorry kalau aku macam agak busy body sikit.

Dulu aku buta. Bodoh. Bengap. Aku tak matangkan diri aku. Tak sesuai langsung dengan diri aku kalau diikutkan dengan umur aku yang dah masuk 2-an. Lagu tema plot cerita ni masa diambang percintaan dulu apa. Tanya lah aku dekat formspring, nnt aku jawab. Aku akan terasa gembira untuk menjawabnya.

Ni semua pasal gambar, gambar main peranan penting. Kalau tak, aku tak akan cakap pasal benda ni. Walaupun dah basi. Yela tu. Tersenyum lebar orang tu, tapi adakah dia benar-benar meletakkan diri dia dalam senyuman mahupun tidak dalam gambar tu?Dalam otak aku ada keep playing punya button. How to remove it? Does anyone knows?

Ini adalah cerita tahun lepas. Cerita dimana kita pergi makan McD dalam kereta.

No comments: