20120113

In another life



Yang kecil-kecil tu selalu aku buli. Alhamdulillah, keluarga aku semakin mengembang. Dari segi pemakanan dan dari segi kuantiti. Yang paling kecil tu namanya, Umar. Siapa kata, tak dapat adakan zuriat selama 15 tahun akhirnya dapat seorang anak lelaki bernama Umar selepas menunaikan ibadah haji. Tahniah untuk kakak aku dan abang ipar aku.

Gambar-gambar anak buah aku ni semuanya bersahaja. Yang kecil-kecil tu semua takut dengan aku, mereka gelarkan aku "Singa". Kalau aku bangun je dari tidur, turun je tangga rumah, "Haa diam-diam.Singa dah bangun". Aku mengaku, aku sangat garang dengan kids. But babies tak. Siapa nak garang dengan babies, dengan kids ni dah boleh faham tapi mereka saja tak nak faham. Buat-buat tak faham.
Aku maksu kepada 9 orang anak buah, dalam gambar ni ada 8 je, yang dukung Umar tu emoknya, kakak nombor dua.Selain daripada menangkap gambar, kami selalu melakukan aktiviti seperti mencungkil taik gigi, mengira setiap helaian rambut, mengecat bagunan-bangunan bersejarah dan sebagainya lagi. 


  What's up pewpel? Got my cake done? Gimme some.


No comments: