20110711

Senarai Perlu Ada Seorang Penulis

Seperti mana yang aku nampak sekarang, ramai antara kalangan kita masih gemar berblogging. Tahniah. Tepuk sikit. Dekat sini macam-macam kita dapat tahu, macam mana caranya seseorang individu tersebut menulis, memperkenalkan diri mereka terhadap public dan ada juga yang segan silu untuk berkongsi sesama kita tentang personaliti mereka itu sendiri.

Lebih baik ceritanya bagus, orang tahu cerita kau, tapi orang tak tahu kau siapa. Orang akan jatuh cinta dengan cerita kau. Lantas, kau akan jadi kesukaan orang ramai disitu. Sebab kau ada idea, idea kau sendiri menulis. Kalau kau Siti Nurhaliza, orang mungkin akan baca cerita kau, sebab orang tahu kau Siti Nurhaliza. Orang dah kenal kau dulu, mereka tahu kau siapa. Orang tetap akan beli cerita kau, buku kau, sebab kau adalah seseorang. Secara random aku cakap ye.

Bagi aku, aku lebih suka baca sesuatu buku tanpa kenal siapa penulisnya dulu. Aku beli, aku baca tajuk buku tersebut, isi dia sedap. Aku beli. Lastly, baru aku tahu siapa penulis dia. Maksud aku dekat sini, kita tak perlu jadi popular, pergi pinjam duit dekat kebajikan mana sebab nak buka kosmetik nama sendiri. Kita tak perlu jadi popular kalau kita punya cerita memang best.

Semua orang ada hak menulis, semua orang ada hak untuk bersuara. Free yourself to write. Ia sangat sesuatu yang puas. Okay aku bosan. Bye.

1 comment: