20110701

Adat




Berapa semuanya ni. Dah cukup? Kalau lah keyakinan tu boleh dibeli dengan duit, pasti aku orang pertama yang hiruk pikuk. Aku selalu terfikir, aku ada satu sifat yang sangat tak boleh nak buang jauh.


Iaitu, kurang keyakinan diri. It's hard to grow up in a world where you never feel like you're pretty enough.


Tapi, aku pandai dalam menasihati mereka. Aku pandai menipu kata aku dah biasa. Tapi memang aku dah biasa. Yang biasa tu juga buat aku jadi tak biasa dengan keadaan sekeliling. Rasanya. Mereka di luar sana ada je mengutuk, mencaci, memburuk. Bila aku cuba bertanyakan hal seperti ini kepada mereka yang lebih cantik,

A : Biasa lah tu.
B : Aaah. Biasa tu. Adat kan, Ciel?
X : sighs.

Adat? "Adat". Bosannya dengan adat semua lancau tu. Tak boleh ke kalau semua orang bersikap terbuka, terima seadanya. Kenapa mesti ada yang mengomen, mencaci. Nak berkawan pun mesti pilih rupa dan salasilah keluarga? Kalau tak nak kawan dengan mereka yang mulut berbau seperti duduk dalam penjara tak dapat nak berus gigi, itu aku boleh terima. Dan juga mungkin kita boleh pakai mask untuk cover bau yang dikeluarkan oleh orang-orang seperti itu.

Susah, jangan fikir nak mati je. Banyak lagi laluan positif dan juga negatif kita kena hadapi. Macam aku. Aku lemah. "Kau anak last eh? Patut lah cara pun dah tahu". Tak semua apa yang mereka nampak adalah benar. Malas nak cakap apa.

Benar. Dia berani, mungkin dia ramai pengikut. Mungkin dia juga diva. Mungkin dia pandai berkata. Mungkin dia juga mafia. Siapa tahu.

Aku kerap kali di ejek. Don't blame people if they disrespect and treat you bad. The problem is your fault for allowing them to. Aku memang lemah, tapi aku senang juga kuat.

Sebab aku gila, kan awak?

Mama tak pernah ajar aku supaya buat orang yang pernah buat kita. Kita benci seseorang, sepuluh orang akan benci kita. Satu jari kita tunding dekat orang tu, 4 jari tunding dekat arah kita balik.

Ingat tu.


1 comment:

redo amin said...

kurang keyakinan diri..memang prob paling besar la...samala...dh buat sesuatu ngn tekun pun..akan rasa x yakin...belum buat pun rasa x yakin...tp bila dh buat rasa lega...cuma sebelum buat tu pikir...aku selalu pikir..ala lps buat hbisla...settle..resultnye biar la nasib menentukan..haha