20110525

Sebab aku pun jenis serabut punya orang

Aku kalau boleh nak buat buku pasal hidup aku. Aku nak kalahkan Twitter, di mana semua orang asyik update apa mereka sedang fikir, aku nak kalahkan Facebook di mana semua orang asyik nak showing off dengan apa mereka sedang lalui, fesyen apa mereka gayakan, aku nak kalahkan Foursquare dengan bagitahu aku kat mana, makan apa, lalu tol mana hari ni. Heee. Internet is such a worried mom.

Tetiba aku fikir, patut ke aku buat 2 blog ; satu untuk personal life aku dan satu lagi untuk suka-suka. Ada orang pernah tanya, tak nak buat 2 blog ke. Satu blog lepastu dalam tu macam-macam cerita. FYI, aku malas sangat nak update blog. Apa ntah lagi bila ada dua blog nanti (kalau ye, kalau). Satu blog pun dah cukup rasanya, sebab aku ni jenis yang setia pada yang satu. Kalau yang itu, yang tujela. Ada blog banyak-banyak ni nanti pening, baik selitkan semua dalam 1. Sakai tak? Semak tak? Lantok ler. Aku ni memang sakai, semua buat tak fikir dulu.

Jadi, cerita aku dan fakta tentang apa segala dalam hidup aku, aku akan cerita dalam blog ini sahaja. Have a good Thursday!

No comments: