20110411

Brandalisme

Ada diantara kita yang tak berapa kisah sangat dengan brand. Bukan ayam brand's, tapi brand = jenama.

Ada diantara kita yang ambil berat sangat sampai nak masuk dalam kedai tu rasa malu-malu, tengok kiri kanan. Kenapa tengok kiri kanan, sebab takut terserempak dengan kawan.

"Wei, apa kau buat dekat sini? Apa barang pakai brand Zoo ni." Brand Zoo ( kalau brand bagus sikit brand Animal )
Macam-macam jenis brand dah ada sekarang. Ikut selera lah nak pakai apa, kan? Kalau rasa barang branded tu jauh lebih elok daripada brand jenama Chow Kit, ye teruskan. Kalau tak kisah soal brand, soal kualiti tu lebih penting, ye beli je terus RM10 untuk 4 helai.

Kita kena lah pandai pilih, kalau pergi pilih kualiti yang boleh buat kain pijak kaki, mimpi saja lah nak dapat kualiti tu sebaik-baiknya.

Macam pilih boyfriend juga lah, kalau nak handsome je, tapi duit pun tak ada nak sampai nak ajak anak dara keluar, kirim salam saja lah. Bye-bye.

Tak boleh lah nak kata orang yang tak berduit, tak boleh beli kebendaan yang ada brand. Mereka mungkin ada cara mereka sendiri macam mana nak dapatkan barang kesukaan mereka tu. Mereka mungkin bekerja keras, ikat perut, simpan duit sehari seringgit lima puluh sen dalma balang choclairs. Celik, pejam, celik, pejam, dah kumpul rm2,500. Jangan fikir orang pakai kasut Yee Beng tak boleh dapatkan Tiffany & Co. Haa haa haaa. Bak kata Anita Sarawak, jangan pandang ku sebalah mata.

Itu semua nafsu semata-mata. Apa kita nampak, itu kita nak. Tapi, ingat ye. Semua benda-benda tu tak boleh bawa sampai ke mati. :)

No comments: