20110221

Playful On The Ground.

Belum habis nak 'observe'. Observe ni memang bagus untuk mereka yang baru je nak memulakan kehidupan mereka dengan mereka yang boleh memimpin diri anda pada suatu hari nanti, yang boleh tangkap gambar bersama tersayang sambil memeluk dan merapatkan tubuh ketika berada di dalam kereta, yang boleh menggedik-gedik semasa berjalan dekat shopping complex sambil bergelak ketawa seperti umah disiram air.

Perkara observe ni kena ada penemannya, iaitu comparison. Aku suka buat comparison, orang tu baik orang ni tak suka belanja aku makan sushi. Orang ni tak pernah kata aku hodoh, orang ni suka layan over-over. Nak layan semua orang ni pernah dengan orang yang tak pernah, orang ni selalu dengan orang ni tak suka, sangat aku gembira. Sedih tu tak payah cakap lah kan.

Buat sementara ni, semua tu aku letak dekat depan. Bila aku rasa aku dah menyampah, aku lepas setepek. Aku tak pernah menyesal. Dengan ibu bapa aku pun aku sound setepek (bukan nak bangga), dorang kata aku memang tak pernah nak berubah. Aku dah kata aku ni kurang kasih sayang, kurang belaian. Selalu kena pijak. So? Bila selalu kau tegur kata itu ini, semua macam tak perfect, selalu buat aku sakit sangat hati ni. Aku diam. Sedih asyik selalu sangat kena pijak. Aku diam sebab? Sebab aku dah bosan dengan ayat-ayat manis tu.

Comparison tu bagus. Maksud aku, comparison dengan dulu dengan sekarang. Dulu tu lagi aku setuju. Sebab tu dia masih lagi aku pandang tinggi, sebab dia selalu ada dekat sini. Jadi, aku ok. :-)

No comments: