Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

20120605

Back To Black

Sekarang dunia internet dah semakin lama, semakin memberangsangkan. Manusia boleh menelefon mereka yang berada di benua lain dengan hanya menaik turun aplikasi seperti Skype. Ada dengan tak ada internet sahaja. Tak ada alasan lagi lepas ni kalau nak kata "Dah lama tak jumpa. Macam mana rupa you sekarang eh?". Skype ada, kan? Jangan jadikan "busy" sebagai alasan untuk tidak berjumpa dengan mereka yang sayang, darah daging kau sekalipun.

Kenapa kena carikan pelbagai alasan untuk lari daripada masalah? Masalah datang bertubi-tubi. Alasan macam aku tak apa la juga, pelajar sepenuh masa. Pelajar yang masih terkial-kial nak bukak VLC Media Player, kena update WinRAR setiap bulan. Leceh kan jadi pelajar ni? Bila gagal, kena mula balik. Bila dah hebat, pandai, mula lupa diri. Kenapa kena buat apa yang orang lain buat? Kenapa kena sedapkan hati orang lain kalau hati sendiri terseksa dan tak ada siapa yang faham?

Akhir kata, tak ada siapa yang faham kita.

20110528

Friday Morning

Muka aku nampak sunyi sangat beberapa hari ni. Nampak lesu, padahal memang macam ni. I like to stay up late, sit in front of the laptop, scrolling up and down timeline, watching youtube and again again. Today, lain sikit. Aku belajar make up you ollz. Bukan sebelum ni tak pernah make up, pernah, but tak setebal kening macam Maya Karin.



Nak sangat kening cantik, tebal. Apa lagi. Lukis lah. Lukis selagi boleh.


1. Pastikan pilih color pencil tu sama dengan warna rambut atau cerah sikit. Kalau ada bulu kening tebal, kena tarik. Sebab nak kasi ada arch sikit.

2. Pastikan tangan tak menggigil, mulakan dengan bismillah. Kalau boleh buat benda ni kena buat sorang-sorang dalam bilik, jangan kasi orang kacau. Kalau ada anak buah ramai dekat rumah, boleh halau mereka dengan lidi halus.

3. Makan tu kena cukup, jaga permakanan betul-betul ye. Sebab kita perlukan tenaga nak lukis kening cantik-cantik.

4. Lukis tu biar ada gaya, jangan tebal maca opera cina. Tak sesuai untuk function lepak-lepak depan Pavilion mahupun menghadiri konsert Akademi Fantasia Musim ke-9 ni.

Dah selesai lukis.... Kita tangkap lah gambar guna kamera jaringan.





Muka obsesi tak dapat makan cendol, macam ni ah.

Saya tahu, steps yang saya sediakan tu sangat tak munasabah. Kalau nak betul-betul perfect shape for your eyebrows, click sini Hingga berjumpa lagi!

20110525

Sebab aku pun jenis serabut punya orang

Aku kalau boleh nak buat buku pasal hidup aku. Aku nak kalahkan Twitter, di mana semua orang asyik update apa mereka sedang fikir, aku nak kalahkan Facebook di mana semua orang asyik nak showing off dengan apa mereka sedang lalui, fesyen apa mereka gayakan, aku nak kalahkan Foursquare dengan bagitahu aku kat mana, makan apa, lalu tol mana hari ni. Heee. Internet is such a worried mom.

Tetiba aku fikir, patut ke aku buat 2 blog ; satu untuk personal life aku dan satu lagi untuk suka-suka. Ada orang pernah tanya, tak nak buat 2 blog ke. Satu blog lepastu dalam tu macam-macam cerita. FYI, aku malas sangat nak update blog. Apa ntah lagi bila ada dua blog nanti (kalau ye, kalau). Satu blog pun dah cukup rasanya, sebab aku ni jenis yang setia pada yang satu. Kalau yang itu, yang tujela. Ada blog banyak-banyak ni nanti pening, baik selitkan semua dalam 1. Sakai tak? Semak tak? Lantok ler. Aku ni memang sakai, semua buat tak fikir dulu.

Jadi, cerita aku dan fakta tentang apa segala dalam hidup aku, aku akan cerita dalam blog ini sahaja. Have a good Thursday!