Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

20121010

Semester Break: Part 1

Since i don't have anything do beside sitting on the couch in front of the tv. I decided to give msyelf a credit in cooking. Hehe. Roasted chicken and sprinked-lemon-salad. Menyelerakannn. Pasti.... It's very fast and easy. It's the covering of chicken pieces dengan butter tu yang buat lagi selera bertambah. Easy, you can just Google the recipe and try it yourself. Salad pun senang je nak buat. I share benda yang senang nak tulis. Sebab sekarang ni i tengah malas nak menulis. Nak kejar cerita Julia lakonan Nabila Huda pukul 7 petang karang. Hurry hurry, or else i'll be in curry. :)

To make a bowl of salad, you need salads. Haha. Apa lagi kan?


Washed salad

Thousand Island (dengan ada Omega 3, jadi pandai sikit)

Organic apple cider (this is what makes a bowl of salad become 3  bowls of salad)

Olive oil

Lemon juice ( Tak ada lemon juice, tak enak deyh)







Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk beisikan salad dan gaul. Thousand island kena lebih banyak. Lemon juice juga, biar ada rasa masam-masam. Then, siap! Roast chicken pun siap.


Expectation


Reality

Probably my SEMESTER BREAK is a bit boring, but i'm very grateful that i have this so desire to cook. I tend to not ruined my mood so i eat. After what i had for past weeks, i really need to put on some weight. 

T : Asila, kau makin kurus ni! (muka macam tak selera) 
A : Kenapa kau tanya? Kau pehal? Ada kau kasi duit dekat aku untuk makan?

Harap Chef Asila mampu memberi tips untuk memasak dengan lebih baik kepada anda semua. InsyaAllah.

20121005

Happy Birthday in Advanzz



I love the zzzz thing at the back of every words. Like "jelezzz", "ngantokzzzZ", "boringzzz". Ia macam penguat kata bagi setiap perkataan. Cukup manja gitu (konon-konon). Well, as you know.. Well, not everybody knows this. Ahad ini bersamaan dengan 7 Oktober 2012 adalah hari jadi saya. Seorang gadis yang semakin jelita ini, Puteri Ruhzatul Kamiliah bt Yahya telah menghadiahkan saya makanan. Cheese cake dan macaroons dari Harrods terlebih awal. Semalam, dia datang kasi. Saya jatuh sakit, dua hari dah. Dapat cake dan macaroons ni, demam saya pun kebah. Seronok angat. Ada ke tak orang ingat birthday saya, why care? Just let me wash the pain away from me, then i'll be okay. Comel gambar polaroid. *peluk cium, bawa mandi sekali*



Terima kasih sayang. Tak dapat balas budi baik awak dengan membeli sebuah kek cheese yang sedap tak tertahan sangat ni. You know how to make me smile. Ey btw, macaroon pink tu why got sprinkles while lain tak ada? Eh okay. Happy Upcoming Birthday to Me.

20120329

First Year

Hello. "errr rasa kekok pula sebab dah lama tak blog" I just moved from "the city" to "the city 2". I'm in Cyberjaya, people. Terlebih dahulu, Asila harapkan yang pengajian Asila kali ini berjaya dan dapat selesaikan dengan semangatnya.

Saya mencuba untuk blog apa sahaja saya cuba benda baru seperti menanam jagung dan basuh baju guna tangan atau apa sahaja.... bukan memang Asila cakap Asila nak start blog balik ke? Hehehe. Tak apa. Kita tengok.


What am i doing here in Cyberjaya? Why am i here? Some said, this is the place where you can study. Jauh dari mak bapak. Versi saya, jauh dari abah and mama. Tapi nak dikatakan setiap minggu saya balik. MMU - Gombak, yes, memang dalam area Kuala Lumpur. Tapi masih nak balik. Rindu abah, rindu mama. Rindu katil dan bilik berhawa dingin. I registered myself as one of the Faculty of Creative Multimedia's student.



First semester ni ada dua kelas saja saya registered. Japanese class and Workplace Communication class. It's already week 3. Saya berjumpa dengan ramainya manusia baru, muka-muka baru. Dan ada muka yang saya sangat tak bosan jumpa, "hari-hari" pula tu jumpa. :-) Hari ni, saya balik. Yes, banyak baju nak basuh. Asila balik pun sebab nak basuh baju dan yang penting sekali, nak makan masakan mama, nak peluk mama abah kuat. Kepulangan saya memang dinanti-nantikan.

Matane!

20110617

Haiwan Kesayangan Saya

Mama mama mama. She won't ever let us to have cats or even a kitten in our house. That's one of her rules. Aku kadang-kadang sedih, sunyi, sepi tak ada teman.

A : Ma, nak bela kucing boleh tak? Baby kucing tu. Boleh?
M : Heyyyy, susah tau nak jaga kucing. Lagi anak-anak dia. Kencing hancing, busuk sangat. No. Mama tak izinkan baby bela kucing. NO!
A : Ala ma. Kencing mana tak hancing. Adoii. Habis tu nak baby bela apa. Sunyi semacam rumah ni.
M : Mama tak suka haiwan berbulu. Allergic! Fishes tu ada, enough.
A : Tapi, alaaa.
M : Enough. Ok.

-___________________- (like everyone done this before)

Aku pernah bela haiwan berbulu, sekali. Iaitu arnab. Cantik kulitnya, bulunya. Beli dekat pasar malam, from this Indian guy, hairy, macam arnab juga. Lagi comel dari arnab-arnab tersebut. Abah dengan aku masa tu, abah was quite open with this furry kind of animals. Kecuali mama, dia memang fussy. Sangat. I named him Benjy, but he's dead. Sedih, kena makan dengan musang. Setelah meningkat 20 tahun ni, saya hanya ada seekor kura-kura. Baru je beli. Itu pun nak mati dah aku rasa, I named him Jack, Atan, Will Farrell, Pharell, Joe. Macam banyak kan tortoises aku ada, padahal satu je. I'm bad in naming my pet.

Haipppp. Jangan gelak. Haipp.


Dia saya mandikan dengan towel warna oren.

Ignore belakang tu, it's a bit messy macam kandang kambing.

Ada corak, tu maknanya he's a male.



Itu sahaja lah yang dapat saya lakukan dengan haiwan kesayangan saya. Macam zaman-zaman sekolah, cikgu suruh tulis karangan, Haiwan Kesayangan Saya (tidak kurang 350 patah perkataan). Macam mana kalau haiwan tu adalah seekor kura-kura, yang memang sangat membosankan, nak karang apa dalam 350 patah perkataan tu. Kura-kura saya berwarna hijau, kura-kura awak warna apa? Kura-kura saya mandi, kura-kura awak mandi?

C : Haiwan kesayangan awak apa Asila?
A : Cikgu! :p