20131105

Pernah Tak?

Dari bustop rumah aku nak ke LRT Gombak mengambil masa 15 minit. Tu tak kira nak tunggu bus dia datang pick up aku lagi. Tunggu bus dah setengah jam. So kalau aku nak keluar pukul 1 jumpa kawan-kawan dekat KLCC, pukul 11 aku dah kena siap. Aku tak suka orang menunggu dan sama juga aku tak suka menunggu orang. Cerita pasal baru-baru ni yang ada orang kena tikam dekat LRT Taman Melati, tempat mainan aku semua ni. LRT LRT ni semua.


Aku dibesarkan dengan menaiki bus. Abah ada kereta pun tapi kereta lama. First kereta abah beli (masa tu aku belum lahir lagi) kereta Fiat color oren. Bila aku berumur 6 tahun, kereta tu jadi kereta antik. Terpampang dekat depan rumah aku. Aku sayang kereta tu, sebab kereta tu macam nyawa keluarga aku. Kereta tu banyak tolong keluarga aku. Sejak kakak aku yang pertama lahir lagi. 20 tahun juga la. Bawa pergi hospital, masa tu aku semput, nyawa-nyawa ikan Aku dulu ada asthma/lelah. Tapi ni apa yang mama aku cerita, kalau tak percaya, nasib korang la. Masa tu umur aku 7 tahun. Pukul 10.30 malam, semua orang dah tidur, aku tidur dengan parents aku. Tiba-tiba, aku sesak, susah nak bernafas. Dengan pantasnya, abah ambil kunci kereta, bawa aku ke hospital. Masa tu aku macam 38% je. Masalah radang paru-paru berair. Kereta tu la penyelamat. Bila aku umur 10 tahun pula, aku naik bus. Aku bengang betul dengan pakcik bus aku ni, dia tanya aku "Kereta tu ayah awak tak nak jual ke? Dah buruk, berkarat je pak cik tengok. Jual la, dapat duit apa". Lepas tu aku jawab la, "Amboi, senang je nak jual".

Kereta tu dah ada orang beli. Kita orang sayang pada mulanya. Dah cat, baiki semua la, macam new born baby gitu. Ada orang datang rumah kitaorang, dia nak beli kereta tu. Lantas, kami pun jual. Masa aku kecil-kecil, aku selalu main-main bawa, pusing-pusing stereng. Syok ohhh! Lepas tu, kehidupan kami jadi macam sayu. Abah tak cari kereta lain, aku biasakan diri aku naik public. Ramai orang pelik, tak takut ke naik public. Yang si lelaki, aku pernah tanya jom naik LRT. Dia jawab, "Penat la nak tunggu". Kau tahu siapa kan?


Kau la.



Kau pelik tengok aku. Aku lagi PELIK tengok kau. Apa-apa selama ni aku nak buat, pergi shopping ke, apa ke, aku gemar naik public. Aku suka travel sorang-sorang. Bertambah lagi sekarang bila ada segelintir antara mereka yang aku kenal merengus penat bila nak kena ambil aku dari Cyberjaya/Gombak. Mengeluh? Itu lah, aku degil pesan ibu jangan menyusahkan orang. Kan dah kena. Tapi, orang tak faham. Perasaan ingin jumpa tu kuat, rindu apa entah lagi. Bukan menyusahkan, tapi rindu, sayang. Terkejut bila orang yang kau sayang selama ni dan kau ingat dia sayang kau macam mana kau sayang dia mengungkit. Aku benci orang yang mengungkit. Bila dicaci, aku diam. Layankan je.

Pernah tak satu hari tu fikir? Pernah tak satu hari tu rasa? Aku tahu mulut, perangai aku liar. Semua yang kau lontarkan tu sama je kalau aku lontar dekat kau. Tapi, tolong la. Jangan seksa aku sampai macam ni.


Sakit. Tahu?



Rasanya, aku akan biasakan keadaan aku yang sudah terbiasa dulunya. Pesan mama, susah nak faham orang, sayang. Mood lain-lain. Bila dia ada masalah, kita kena tempiasnya. Asyik kita je nak faham orang. Jangan fikir lebih pasal orang. Kata mama lagi, bila dekat hati ku sakit, bila jauh kenapa merindu. Eh mama ni? Dah keluar dah kata-kata pujangga dia.


Tapi, apa yang aku nampak, kita kurang komunikasi. Aku pun kurang bertanya, kau hilang entah ke mana.

20131010

Bodoh.. Itu aku.

Seringkali aku ingat, selalu. Ini cuma cerita. Betul ke ada sang lelaki yang sanggup buat apa saja untuk menambat hati sang wanita?

Kita kita la, tapi apa yang kau buat kau bagus sangat sampai kau rasa kau boleh cakap macam tu? Kita punya ego, selfish nya kita, pun selalu menjadi-jadi. Kita boleh je kata tak nak, tapi nak. Kau faham tak selalunya orang yang tak tetap pendirian ni selalu akan ke belakang. Fahami diri kita dulu. Zaman sekarang lain, maju. Semua benda nak maju, duit pun nak maju. Tapi otak jela tak maju-maju. Asyik nak befikir buruk, apa saja yang orang buat, ada saja benda nak condemn.


Aku bukan apa, tapi tak mengapa la. Aku malas nak ambil port. Tapi kalau orang yang ada kena mengena dengan aku, condemn aku macam-macam, aku tak boleh. Lagi-lagi benda yang kadang kala tak masuk akal dibuatnya. Hello, banyak lagi tahu benda yang aku boleh fikir, buat. Susah macam ni, hidup dengan kenalan ramai pun kalau disebabkan satu kepala tu yang buat sial, semua jadi tak betul.

Indahnya petang tu, semua indah. Sampaikan orang kiri kanan tak dikisahkan. Hujan lebat, sejuk. Best. Bila malam tiba, suasana jadi lain. Mula la cacian demi cacian, jeritan demi jeritan. Hati aku tak mampu nak kata stop. Sebab takut, tapi kenapa semua salah aku?


Waktu itu, aku rasa bodoh. Bodohnya aku. Bodohnya aku sampai tahap aku fikir kenapa aku boleh bodoh sampai macam tu jadinya bodoh aku. Cacian yang diberi, tak payah cakap la. Aku jenis yang benci pada pergaduhan, makian. Bila kena maki, aku diam. Sebab aku bodoh ke sebab tu aku diam?

Apa lagi yang harus aku hadapkan? Sudah la mereka yang sudah berkeluarga tu menyusahkan, inikan pula keadaan sebegini. Hidup selalu dikaitkan dengan pengalaman. Jika aku ditemudagakan untuk pekerjaan baru aku, jika ditanya dalam temuduga itu, "Can you tell me a little bit about yourself?' "Well, i'm a crazy woman who never be able to understand my life".

23 tahun. Aku rasa hidup aku sebelum-sebelum ni banyak aku sia-siakan. 4 tahun sebelum ni.

Bila dicaci, aku rasa sangat keji. Keji sampai diri rasa semua yang aku dah buat dirasakan keji. Aku hidup bukan untuk tak faham keadaan, aku nak faham keadaan. Bagi aku peluang untuk faham, tunjuk aku. Bukan maki. Kalau benar salah aku, aku mohon maaf. Cuba sekejap cuba letak aku ditempat kau. Sekejap je. Aku tak minta lama pun.

So now, i'm letting go of everything. Penat, kau tak penat? Benar salah aku atau tak salah sekali pun. Aku tak tahu. Ye, aku bodoh sekalian alam. October, what are these?


20130714

Within

Berlalu satu chapter dalam hidup aku.

Makin lama waktunya, makin pelik orang-orang yang aku jumpa. Yang suka jadikan aku kuli, yang suka membalun apa yang aku ada. Kelakar sangat kalau aku nak cerita balik. Yang suka pandang rendah pada seseorang, yang gemar membuka pekung didada seperti dia la manusia yang paling suci yarabbi. Yang bajet semua dia tahu.




Mungkin pada pandangan mereka, mereka yang terbaik. Tak salah fikir kalau kita adalah terbaik, tapi kalau sampai mengjelikkan. Nak suruh orang suka kita pun payah juga sebenarnya. Bukan simply, "Hey, please suka aku! Aku betul-betul maksudkan ni".


Aku tak kisah guys. Nak bercerita, aku sentiasa mendengar. Nak aku jadikan kau kawan, boleh. Tapi, termampu ke "kawan" tu? Larat ke kalau nak dengar bebel kau. Fikir juga la. Setiap orang lain-lain jadiannya. Maksud aku, lain orang lain isi hatinya. Lain kesukaannya. Tapi, bagi aku kalau dua pihak okay, tak ada apa masalah. Kalau kau faham cara aku, aku faham cara kau, ngam! Tak pernah nak suruh kau ikut cakap aku, faham. Tak susahkan? Ye, aku suka cincalok, tempoyak, budu. Aku makan semua, mungkin inilah sebabnya aku jenis tak KISAH. 

TAK KISAH orang nak cakap apa, sebab orang hanya tahu tapi tak reti nak buat. Dapat? Kita hidup setakat nak sedapkan hati orang ke? Senang cerita, you are the answer to the question. There's no such things as competition.