20130714

Within

Berlalu satu chapter dalam hidup aku.

Makin lama waktunya, makin pelik orang-orang yang aku jumpa. Yang suka jadikan aku kuli, yang suka membalun apa yang aku ada. Kelakar sangat kalau aku nak cerita balik. Yang suka pandang rendah pada seseorang, yang gemar membuka pekung didada seperti dia la manusia yang paling suci yarabbi. Yang bajet semua dia tahu.




Mungkin pada pandangan mereka, mereka yang terbaik. Tak salah fikir kalau kita adalah terbaik, tapi kalau sampai mengjelikkan. Nak suruh orang suka kita pun payah juga sebenarnya. Bukan simply, "Hey, please suka aku! Aku betul-betul maksudkan ni".


Aku tak kisah guys. Nak bercerita, aku sentiasa mendengar. Nak aku jadikan kau kawan, boleh. Tapi, termampu ke "kawan" tu? Larat ke kalau nak dengar bebel kau. Fikir juga la. Setiap orang lain-lain jadiannya. Maksud aku, lain orang lain isi hatinya. Lain kesukaannya. Tapi, bagi aku kalau dua pihak okay, tak ada apa masalah. Kalau kau faham cara aku, aku faham cara kau, ngam! Tak pernah nak suruh kau ikut cakap aku, faham. Tak susahkan? Ye, aku suka cincalok, tempoyak, budu. Aku makan semua, mungkin inilah sebabnya aku jenis tak KISAH. 

TAK KISAH orang nak cakap apa, sebab orang hanya tahu tapi tak reti nak buat. Dapat? Kita hidup setakat nak sedapkan hati orang ke? Senang cerita, you are the answer to the question. There's no such things as competition.




No comments: