20110816

Girls, have you ever noticed this?

Ironiknya, semua bangga dengan kebanggan sendiri. Ada benda yang kita boleh bangga, ada benda yang kita separuh nampak dah kita boleh bangga. Good! Sebab ada keyakinan dalam sendiri untuk menjadikan kau adalah kau.

Perempuan, gadis, wanita, ibu, mak, mummy. Semuanya tergolong dalam satu gender. Tapi, kenapa selalu perempuan nampak naive? Tak naive, mungkin. Mereka cuma membentuk diri mereka, berfikir, dan menguatkan diri untuk berperang dalam perang yang mereka sendiri wujudkan. Kenapa mereka diam? Mereka diam bukan bersahaja, mereka diam bukan sebab mereka marah. Mereka diam kerana mereka nak kau (lelaki) sedar apa yang kau sendiri dah lakukan dekat mereka atau apa yang kau sendiri belum lakukan dekat mereka.

Setiap perempuan ada 5 personaliti tersendiri :

1. Bagaimana dia apabila di sekolah.
2. Bagaimana dia apabila dikelilingi kawan-kawan dia.
3. Bagaimana dia apabila bersama keluarga dia sendiri.
4. Bagaimana dia apabila bersama kekasihnya.
5. Bagaimana dia apabila bersahaja dengan dirinya.

Pelbagai "bagaimana" tu adalah cara dia menyesuaikan diri dengan semua orang. Paling sedih ketika berseorangan. Tak tahu apa yang sanggup dia lakukan.

Jadi, take good care of yourself girls. Stand out for yourself! Tak boleh nak kata diri kau Nasha Aziz sebagai supermak. Sebab Nasha Aziz pernah berlakon dalam Bara. Perempuan selalu, aku selalu, malu nak menyatakan sesuatu. Aku perasan, kalau setakat doa dekat Tuhan, tapi tak ada usaha, tak menjadi juga, kan? Macam dalam sesuatu ayat tu, kalau tak ada kata penguat, ayat tu nampak kurang dan pudar.

Biasalah. Semua ada cara tersendiri nak menghidupkan sesuatu kehidupan tu nampak ceria. Ada yang suka baca komik Anak-anak sidek, main gitar bawah pokok, main buaian lepas balik sekolah agama. Terpulang semua tu, yang pentingnya usaha. Bukan menyemak namanya tu. Kalau benar kita sayangkan sesuatu, usaha tu sangat penting.

Tak salah ego. Cuma, hidup kalau asyik nak berdiam, nak ego, leceh namanya tu. Buat orang lain menyampah! Tapi aku tahu, lelaki juga ada personalitinya.Lelaki ada personaliti dan agenda tersendiri. Berhenti salahkan sebelah pihak kalau diri sendiri tu tak pernah nak betul.

Every words has its own bullets.


No comments: