20101020

Kelam yang saiko

Kita cakap apa yang kita rasa. Selalunya macam tu. Tapi, bila dah datang rasa tak puas hati, yang sebenarnya tidak membabitkan sesiapa, boleh jadi pantang dalam hidup aku. Kadang-kadang malas nak ada kawan yang begitu ramai. Penjagaan yang rapi, dari atas sampai ke bawah perlu dipraktikkan. Leceh lah. Baik jaga anak kucing lagi bagus.

Pergi main jauh-jauh. Tak larat tengok dah ni. Lagi rapat, lagi menyakitkan hati.


Insan yang sama umur atau bawah umur, tak terlalu menyakitkan hati sangat. Aku kenal dorang lama. Bak kata mat salleh, "High School Never Ends". Aku cuba tak mainkan perasaan orang, jaga hati otang. Tapi, bila dah seseorang jadi kelibut, aku memang cukup rasa semak. Orang boleh lah kata, pergi la explain dekat dia betul-betul. Arh. CAKAP MEMANG SENANG NYAH. Post bagai dekat binatang tu, dekat makhluk tu. Aku sikit tak heran kau nak cakap dekat kawan-kawan kau aku ni apa lah. Suruh orang lain baca, nak suruh orang jaga hati kau. Kita ni kawan sebab kawan-kawan kita tu hot atau sebab dia ada kawan-kawan yang cantik suapaya kita boleh tergolong dalam cantik-cantik mereka?

Betul orang kata, high school never ends. Sekolah itu lagi best daripada golongan yang baru menetas daripada dunia yang malam-malam selalu berkicau memekak kata, "Sober sober! Aku pening, aku mabuk".

No comments: