20100908

Silih berganti

Puasa dah habis, raya pula. Cepat je aku rasa tahun ni. Semua berlaku dalam sekelip mata.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. *bomm boommm. Okay can cin cau. Mahu main bunga api. Ala tu je yang saya tak takut. -___- . Nanti raya jangan lupa gosok gigi banyak kali, sebab nanti nak bersalam-salaman denga ibu dan ayah nak peluk cium dengan wanginya. Kalau tak, pengsan ayah dan ibu kalian bau mulut anda sangat busuk.

Kepada bekas-bekas teman lelaki saya, jangan risau. Aku halalkan makan minum kalian. Raya jangan lupa datang rumah bawa ketupat tau. Sebab hari tu kau dah pulun habis aku punya ketupat masa kau datang rumah aku. Nak bawa teman wanita baru, haa boleh. Dipersilakan.

Dan kepada kawan-kawan dan awak, kita tangkap gambar banyak-banyak nanti okay.

**Selamat Hari Raya**
Maaf Zahir & Batin


( kad raya tak ada, posman ambil cuti awal katanya )

2 comments:

nn said...

selamat hari raya :)

ciel said...

selamat hari raya juga n.