20100926

R.I.P



Kalau malam-malam macam gini, mesti kita skype, ym.

Kalau malam-malam macam gini, mesti kita on the phone, lontarkan apa sahaja yang kita pendam dekat diri masing-masing. Malu pada mulanya, tapi dah sentiasa sangat. Sampai habis credit. Bil mama saya melambun. Tapi tak apa, awak juga.

Awak jauh, awak morning SMS saya. Saya baca, happy.

Awak suruh saya makan banyak, kasi gemuk. Tapi, awak sendiri tahu saya tak akan naik badan memang dah macam ni.

Kalau malam-malam macam ni, mesti saya nyanyikan lullaby untuk awak. Saya malu, tapi nak suruh awak tidur punya pasal, saya merdukan suara saya.

Kalau malam-malam macam ni, awak ada dekat depan rumah saya. Saya terkejut. Awak suka buat kejutan, saya gembira sangat. Sangat sangat happy.

"Bb!!! Cuba tengok luar."

Kalau malam-malam macam ni, sebelum sampai rumah, kita sempat pergi singgah Mc'D, makan sambil ketawa sinis.

Awak suka panggil, "BB! BBBBBBB!".

Dalam kereta, saya tukar siaran radio, awak tukar balik. Perang kecil. Ingat?

Kalau malam-malam macam ni, kita mesti webcam lepastu main NightClub City atau Baking Life. Awak ajar saya macam mana nak cheat, saya pun ikut. Terima kasih.

Kalau dah tengah malam sangat, saya macam tak nak turun dari kereta. Rindu kononnya, benar. Tak pernah rasa puas bila dengan awak. Our time together just never enough.

Suka dengar gelak awak. Ingat lagi pertama kali awak jumpa saya, awak tinggi, saya macam semut. Cool.

Ingat lagi BBQ sauce, awak pegangkan untuk saya. Saya bodoh pergi jatuhkan sos cili atas purse saya. Tercari-cari tisu. Lepak Bukit Ampang, awak ajar saya macam mana nak guna Blackberry punya internet. Terima kasih.

Awak selalu kata, "rindunya dekat bb". Saya terasa sesuatu yang mungkin ada perubahannya yang menggembirakan. Tapi, silap. *nangis

Awak selalu berlembut dengan saya, saya je ganas, kurang ajar, ego plak tu. Kita pergi MTV World Stage yang membosankan tu bersama. Awak sanggup balik nak pergi benda tu bersama-sama gadis kecil penuh dengan sindiran ni.

Ingat lagi pernah webcam dengan awak sampai pukul 8 pagi. Saya tak pernah bosan dengan semua tu. Baju raya purple, tapi tak sempat beraya bersama. Busy sungguh.

Tapi....
Semua KALAU tu dah hilang sekarang. Tinggal apa je? *nangis

1 comment:

♥farra♥ said...

semoga bahgia selalu.. =)